Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, June 19, 2008

Dari Kokos ke YADIM

Khamis, 15 Jamadil Akhir 1429 / 19 Jun 2008

Hari ini aku temankan Sdr. Kamarul sebagai wakil GPTD untuk iring Hj. Adam dan ayah mentuanya berjumpa Ust. Nakhaei di YADIM.

Hj. Adam merupakan Imam di Kepulauan Kokos. Dimaklumkan juga yang beliau merupakan Ambassador of Peace ataupun Majistret - hakim la lebih kurang. Kagum juga bila aku dengar jawatan beliau.

Beliau memaklumkan, ada lebih kurang 500 orang Islam di Kepulauan Kokos yang memerlukan didikan agama yang sempurna dan tujuan kunjungan ke YADIM adalah atas sebab tersebut.

Kepada mana-mana individu yang berminat untuk berkhidmat sebagai imam muda di Pulau Kokos, boleh hubungi aku di najm29@yahoo.com

Calon yang memenuhi kriteria ditetapkan akan dihantar ke Pualu Kokos untuk jangkamasa tertentu.

Che' Din:
Kerja dakwah takkan selesai sampai hari kiamat.
Rebutlah peluang untuk berbakti sebelum rugi....

Tuesday, June 3, 2008

Sambung

Setelah hampir 2 bulan aku x mencoret apa-apa di blog aku ni, aku rasa begitu rugi.

Banyak aktiviti menarik bagi aku yang belum sempat aku kongsikan di sini. Antaranya:
Brunei
Turki
Syria
Aceh
dan banyak lagi...

Insya ALlah, aku cuba lebih merajinkan diri untuk kemaskini weblog ni dengan lebih kerap. Moga diberi-Nya kekuatan. Heeeee........ :D

Bersama sifu-sifu di galeri Bangunan Alat Kebesaran Diraja, Brunei Darussalam