Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, February 21, 2008

Demi Masa

“Masa ibarat pedang. Jika kamu tidak memotongnya, ia akan memotongmu.”


Pepatah Arab yang masyhur ni memang benar.


Seputar perbincangan aku kali ni masih lagi berkait dengan masa.


Semalam, bos aku mintak aku siapkan 3 kertas kerja. Dia nak 2 daripadanya hari ni. Aku diam je. Sebab 2 kertas kerja dah pun 80% siap. Satu lagi baru 50% siap.


Yang buat aku risau, ada satu video yang sepatutnya siap lama dah, tapi tak siap-siap lagi. Rasa ’tension’ gak bila idea tak berkembang nih. Tiba-tiba ’blank’. Jadi, video yang aku sunting tu tak banyak perkembangan.



Ilham yang aku dapat, untuk siapkan video yang lain. Sejam je dah siap. Video apa? Kalau nak tengok, ada kat weblog Usratika. Ada kena-mengena dengan musafir. Takde la kencang mana sangat. Tapi ok la... Yang ’power’, lagu tu. Suntingan aku biasa je.


Pagi ni ’mood’ aku ’down’ sikit. Tapi, alhamdulilLah semua benda yang dirisaukan, selesai. Tu yang curi masa sikit menulis ni. Hehe...


Pengajaran yang aku dapat, jangan menangguhkan kerja yang boleh diselesaikan cepat. Baginda RasululLah S.A.W. sendiri yang pesan macam tu.


Yang kedua, orang-orang yang perlu menggunakan otak kreatif dalam kerja sehari-hari, kena jaga kesihatan jasmani dan rohani. Iman kena mantap. Baru ilham mudah masuk.

Syeikh Fuad Kamaludin al-Makki sebut golongan ni sebagai ’mulhamah’ - orang yang diberi ilham petunjuk oleh Allah dalam meniti kehidupan. Bukan senang nak sampai tahap ni beb! Kena lepas nafs-’ammarah dulu. Kalo lepas, baru capai tahap nafs-lawammah. Lepas tu, barulah dapat tahap nafs-mulhamah. Nak tau benda ni kena belajar tasawwuf le, cari guru-guru yang mursyid.

Sebelum ni aku ada cakap nak sentuh pasal ilmu dan tasawwuf. Nampaknya tak sempat. Insya Allah lain kali. Eh, macam bertangguh je? Hmmm.....

Wednesday, February 20, 2008

Kenal Balik...


Assalamualaikum warahmatulLahi wabarakatuh. Salam perkenalan.


Aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Sdri. Makiko Fatihah sebab jemput aku jadi penulis tamu kat blog dia. Waktu dia jemput aku tempoh hari, aku dah beritahu dia yang aku akan tulis secara santai dan pendek je. Dia setuju. Jadi aku pun coret le sikit apa-apa yang diilhamkan olehNya.


Hmmm.... nak mula dari mana ye?


Penulisan lah kot? Baik. Penulisan.


Penulisan ni sebenarnya dah aku tinggalkan sementara, tapi agak lama juga. Bila tengok senior-senior masih lagi menyumbang artikel, sekurang-kurangnya di weblog mereka sendiri, sedikit ’membakar’ aku untuk kembali menulis.


Tetapi masa seolah-olah memusuhiku.


Rupa-rupanya, aku baru perasan ketidaksempatan aku untuk menulis hanyalah akibat ketidakmahuan aku sendiri. Tak cukup masa merupakan alasan yang sengaja direka untuk mententeramkan gelodak jiwa yang sebenarnya membuak-buak ingin menulis.


Apa manfaatnya menulis ni? Setiap orang mungkin ada jawapan yang berbeza. Mungkin ada yang akan menjawab dari perspektif ilmu. Ada juga yang beranggapan sebagai hobi. Aku? Apakah jawapan aku?


Entahlah. Aku sukar nak gambarkan secara tepat. Tapi, yang aku tahu dengan menulis ni, dapat meluahkan hampir segala yang terbuku di hati. Dengan penulisan juga kita dapat mempengaruhi manusia lain. Melalui tulisan juga, kita hampir dapat mengenali peribadi seseorang (sekiranya penulisan itu dicatat dengan ikhlas). Dan yang utama, penulisan jugalah merupakan gedung ilmu.


Korang macam mane?


***************************************


Semalam aku sempat bersembang dengan Encik Sahalfikri sebelum tidur. Kami bersembang pasal ilmu dan tasawwuf. Insya Allah, jika ada jodoh aku akan cuba sentuh bab tu dalam tulisan seterusnya.


~Che’ Din~